Please use this identifier to cite or link to this item: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/36
Title: Kepuasan Pelanggan Perpustakaan Awan Negeri Kedah: Penggunaan Model Kano
Authors: Taib, Che Azlan
Iteng, Rosman
Mat Lazim, Halim
Zakaria, Shahizan Affandi
Issue Date: 2017
Publisher: IMBRe
Abstract: Pada 15hb Mei 2016, En Shahizan Affandi Zakaria telah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK). Sebagai Pemangku Pengarah, Encik Shahizan berazam meneruskan usaha bagi mencapai misi PPAK yang telah dibangunkan iaitu menyediakan keperluan frasarana yang lengkap berasaskan teknologi terkini untuk keperluan maklumat kepada kakitangan kerajaan, para pelajar serta masyarakat Negeri Kedah. Sebagai pemangku pengarah, Encik Shahizan tertanya-tanya tentang sejauhmana tahap perkhidmatan yang disediakan oleh PPAK. Adakah perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan menarik minat pelanggan, tidak dikehendaki pelanggan ataupun sebenarnya pelanggan tidak mengambil kisah. En Shahizan juga sedar, PPAK secara berterusan mengkaji kepuasan perkhidmatan PPAK. Namun, En Shahizan termenung sendirian memikirkan hal ini kerana kajian tersebut masih belum menjawab beberapa persoalan penting seperti adakah perkhidmatan yang ditawarkan memang itu yang dikehendaki pelanggan. Lantaran itu En Shahizan merasakan satu kajian dengan menggunakan kaedah yang tepat perlu dilaksanakan bagi merungkai ketidakpastian itu. Perasan bingung ini masih menghantui En Shahizan kerana beliau tidak mempunyai ide bagaimana untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah yang lebih baik bagi menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran beliau.
URI: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/36
Appears in Collections:Cases in CDR

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
(TC103-1) KEPUASAN PELANGGAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI KEDAH PENGGUNAAN MODEL KANO.pdf1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in IMBRE Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.