Please use this identifier to cite or link to this item: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/213
Title: Mengelak Dari Kekhilafan Dalam Siasatan Dalaman: Adakah Terdapat Jalan Penyelesaian?
Authors: Daud, Zulkiflee
Sallehuddin, Mohd Rashdan
Husin, Fadzil
Mutazam, Mazli
Haron, Nasiruddin
Zainol Abidin, Mohd Abidzar
Keywords: Akta Pekerja 1955;due inquiry;Sumber Manusia;siasatan dalaman;natural justice;Seminar in Human Resource Management;Industrial Relations;Industrial Relation Law;Perhubungan Perusahaan
Issue Date: 2025
Abstract: Di bawah undang-undang Malaysia, mana-mana pekerja yang tertakluk kepada Akta Pekerja 1955, adalah menjadi tanggungjawab berperundangan kepada majikan untuk mengendalikan “due inquiry” untuk membuktikan samada pekerja bersalah atau tidak melakukan salahlaku sebelum pekerja tersebut boleh diberhentikan atau sebelum apa-apa hukuman major dikenakan (lihat Seksyen 14(1) Akta Pekerjaan 1955). Walau bagaimanapun, Seksyen 14(1) akta tersebut tidak menyatakan kaedah “due inquiry” atau bagaimana siasatan perlu di laksanakan. Kebiasaannya, perlaksanaan “due inquiry” dirujuk kepada siasatan dalaman dan kadang kala perkataan-perkataan ini digunakan secara timbal balik. Siasatan dalaman jika dilakukan dengan menggunakan proses yang betul boleh dikatakan sebagai “due inquiry” dalam pengertian perundangan. Ini bukan bermakna siasatan dalaman bukanlah satu-satunya kaedah yang dinyatakan sebagai “due inquiry” seperti yang dinyatakan oleh undang-undang. Jika pihak majikan perlu mendapatkan pembuktian yang lengkap dan munasabah untuk menghukum kepada sesorang pekerja yang dituduh melakukan salahlaku, maka, siasatan dalaman menjadi sesuatu keperluan. Di dalam siasatan dalaman, barisan panel yang bebas akan dipilih untuk menentukan samada pekerja yang dituduh bersalah atau tidak. Panel akan dibarisi oleh seorang Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua orang ahli panel. Peranan mereka adalah untuk mendengar dan menyoal di dalam prosiding siasatan dalaman sebelum membuat keputusan. Selepas prosiding siasatan dalaman, pihak pengurusan (setelah dinasihati oleh Jabatan Sumber Manusia) akan membuat keputusan berkenaan hukuman (jika keputusan siasatan dalaman mendapati pekerja bersalah). Di dalam komposisi siasatan dalaman, biasanya wakil Jabatan Pengurusan Sumber Manusia atau wakil yang dipilih oleh pihak pengurusan akan menjadi setiausaha yang berperanan mencatit minit prosiding (verbatim report) siasatan dalaman. Verbatim report ini perlulah dalam bentuk word-by-word. Jabatan Sumber Manusia juga boleh mewakilkan pegawainya sebagai pegawai yang hadir (presenting officer). Di peringkat ini, kes pertuduhan terhadap pekerja perlu disokong dengan pembuktian yang prime facie, dan perlu berteraskan dengan prinsip keadilan semulajadi (natural justice) serta perbincangan dengan hati nurani yang baik (good conscience). Jika pekerja yang dituduh didapati bersaah, panel siasatan dalaman boleh mencadangkan hukuman yang boleh dilaksanakan oleh majikan kepada pekerja. Kajian kes ini dilakukan di TSMicro Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah pengeluar diod, transistor dan perkakasan semiconductor yang berkaitan. Syarikat mengeluarkan lima blok utama produk iaitu power devices, MEMS dan advanced analog ICs, Microcontrollers, ASICs / ASSPs, dan platrorm untuk digital consumer applications dan wireless via ST-Ericsson. TSMicro Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 1974 di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Muar, Johor. Syarikat ini mempunyai prosedur disiplin yang telah didokumenkan di dalam Buku Peraturan Pekerja (Employee’s Handbook) dan juga perjanjian bersama antara Syarikat dan Kesatuan Sekerja. Walau bagaimanapun, prosedur disiplin ini adalah terlalu umum dan tidak progresif. Oleh yang demikian, pekerja tidak takut melakukan salahlaku dan menurut mereka pihak syarikat “takut” untuk membuang pekerja.
URI: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/213
Payment Link: http://epay.uum.edu.my/go.php?billcode=CDRCASE&productid=TC258-1
Appears in Collections:Cases in CDR

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in CDR Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.