Please use this identifier to cite or link to this item: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/206
Title: Menginovasi Sisa Pressmud Menjadi Bata: Adakah Syarikat Rifqi Jaya Ent. Construction Patut Menerima Produk Inovasi Baharu Iaitu Bata Pressmud Sebagai Alternatif Bata Konvensional?
Authors: Abu, Noor Hidayah
Taib, Che Azlan
Razalli, Mohd. Rizal
Chong, Khai Lin
Mohd Yusoff, Yuhainis
Mohamad, Maheera
Keywords: Inovasi dan Pembangunan Perniagaan Baharu;Operasi dan Pengurusan Inovasi;Undang-undang, Etika dan Tanggung Sosial Korporat;Undang-undang Korporate Termaju;Reka bentuk Sistem Operasi;Strategi Operasi;Pengurusan Kualiti;Teknologi Pembinaan;Teknologi Pembinaan dan Inovasi;Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar;Teknologi Pembuatan;Teknologi Hijau;Pengurusan Operasi dan Pengetahuan;Undang-undang Pengurusan Teknologi;Undang-undang Perniagaan;Perakaunan Kewangan;sisa buangan hijau;bata IBS;Industrialized Building System;Sistem Binaan Berindustri
Issue Date: 2025
Abstract: Encik Ahmad Zuhairi Hamid merupakan pengarah Syarikat Rifqi Jaya Ent. Construction (RJEC) iaitu sebuah syarikat pembinaan yang telah beroperasi selama 18 tahun. Kenaikan berterusan harga bahan pembinaan seperti simen, pasir, dan bata telah menjejaskan perniagaan RJEC. Ini ditambah lagi apabila kerajaan Malaysia mengumumkan penamatan sistem subsidi pukal diesel pada 10 Jun 2024. Penamatan subsidi diesel secara langsung mengakibatkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 (AS$ 0.71) seliter berbanding RM2.15 (AS$0.45) seliter sebelumnya (Kementerian Kewangan, 2024). Peningkatan harga diesel dilihat berpotensi memberikan kesan kepada harga bahan api. Secara umumnya kenaikan harga bahan api akan mempengaruhi kos pengangkutan sehingga menyebabkan harga bahan binaan seperti bata, simen, keluli, dan kayu terus meningkat. Situasi ini menyebabkan Encik Zuhairi terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos operasi syarikat serta pengurangan permintaan terhadap aktiviti pembinaan. Secara tidak langsung ini akan memberikan kesan kepada keuntungan syarikat.
URI: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/206
Payment Link: http://epay.uum.edu.my/go.php?billcode=CDRCASE&productid=TC251-1
Appears in Collections:Cases in CDR

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in CDR Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.