Please use this identifier to cite or link to this item: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/116
Title: Kemalangan Maut Di Tempat Kerja: Kecuaian Membawa Padah
Authors: Zulkifly, Syazwan Syah
Keywords: Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;Pengurusan Sumber Manusia;Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan;Aspek Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;Pengurusan Keselamatan
Issue Date: 2021
Abstract: Di dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), adalah menjadi tanggungjawab majikan dalam menyediakan tempat serta sistem kerja yang membolehkan pekerja-pekerja terhindar dari kecederaan dan penyakit. Ini merupakan sesuatu yang mandatori sepertimana disebut di dalam Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Bagi memastikan perkara-perkara tersebut, pihak majikan hendaklah memberi informasi berkaitan keselamatan, mengeluarkan arahan keselamatan, melaksanakan latihan-latihan berkaitan keselamatan dan menjalankan pemantauan keselamatan. Perkara ini termaktub dalam seksyen 15(2)(d) OSHA 1994. Selain daripada majikan, pihak pekerja juga mempunyai tanggungjawab dalam memastikan keselamatan diri sendiri semasa bekerja. Menurut peruntukan seksyen 24 OSHA 1994, setiap pekerja dipertanggungjawabkan untuk mengambil perhatian yang munasabah terhadap keselamatan pekerjaan diri sendiri serta rakan sekerja. Pekara ini boleh dilakukan dengan mematuhi arahan-arahan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh majikan serta bekerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). En Mior selaku pengurus keselamatan kilang serta SHO yang kompeten telah menyediakan langkah-langkah yang wajar dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi setiap proses kerja, sama ada melibatkan pekerja KYM mahupun pihak kontraktor. Namun begitu, En. Mior sedar bahawa akibat daripada kurangannya penyeliaan oleh pihak kontraktor utama bagi kes ini (majikan langsung) terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak sub-kontraktor, kemalangan maut seumpama ini telah terjadi. Oleh yang demikian, pihak En Mior (KYM) perlu merangka dan melaksanakan program intervensi bagi yang boleh meningkatkan pengetahuan, sikap dan perilaku keselamatan (safety knowledge, attitude , and behaviour) penyelia/pekerja sub-kontraktor menerusi kepimpinan keselamatan (safety leadership) para penyelia dalam kalangan kontraktor utama. Program intervesi tersebut mestilah merangkumi penerapan pengetahuan bagi melaksanakan penganalisaan risiko (risk assessment) ataupun JHA sebelum kerja-kerja yang berbahaya dilaksanakan. Seterusnya, program tersebut dipantau terus oleh pihak KYM secara berkala dan perlu diukur keberkesanannya. Program intervensi yang sebegini amat penting untuk dirancang kerana En Mior khuatir jika kejadian kemalangan maut seumpama ini berulang, kesan negatif dari sudut kerugian kewangan serta kehilangan moral pekerja boleh menjejaskan daya-saing syarikat KYM. Selain itu, kejadian kemalangan maut seumpama ini boleh mengugat kredibiliti En Mior sendiri selaku SHO kompeten yang berdaftar dengan DOSH
URI: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/116
Payment Link: http://epay.uum.edu.my/go.php?billcode=CDRCASE&productid=TC181-1
Appears in Collections:Cases in CDR

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in CDR Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.