Please use this identifier to cite or link to this item: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/105
Title: Komunikasi Pesakit Hemophilia: Konsep Diri, Kecerdasan Emosi dan Perubahan Sikap
Authors: Kamaruddin, Azlina
Cheah, Joyce Lynn-Sze
Issue Date: 2020
Abstract: Kajian ini menyediakan wadah berkaitan dengan penyakit yang dikenali sebagai Hemophilia. Hemophilia adalah suatu penyakit yang menyebabkan gangguan perdarahan kerana kekurangan faktor pembekuan darah. Akibatnya, perdarahan berlangsung lebih lama ketika tubuh pesakit mengalami luka. Dalam keadaan normal, protein yang menjadi faktor pembeku darah membentuk jaring penahan di sekitar platelet (sel darah) sehingga dapat membekukan darah dan pada akhirnya menghentikan perdarahan. Pada penderita hemophilia, kekurangan protein yang menjadi faktor pembekuan darah tersebut mengakibatkan perdarahan terjadi secara berpanjangan. Justeru, kajian kes ini dilakukan untuk mengenalpasti konsep diri, kecerdasan emosi dan perubahan sikap pesakit hemophilia dalam mendepani ujian Allah ini. Dalam penceritaan kajian kes ini, terselit jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan di akhir kajian kes. Protagonis bagi kajian kes ini adalah Encik Mohd Nor Hidayat bin Bidin, Pegawai Penerangan di Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Negeri Perlis. Beliau merupakan seorang yang berjiwa besar dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sesuai dengan karektornya, seorang yang merendah diri, sentiasa mengukir senyuman, ramah, dan bersedia menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Kajian ini dijalankan di negeri Perlis, iaitu lokasi protagonis bermukim. Kepentingan kajian ini adalah untuk meluaskan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan komunikasi intrapersonal dan interpersonal yang dilakukan oleh protagonis dalam menyeimbangi kerjaya dan faktor kesihatan diri. Penyelidik melihat kepada tiga aspek utama, iaitu konsep diri, kecerdasan emosi dan perubahan sikap protagonis dalam menghadapi kesukaran berdepan dengan penyakit hemophilia.
URI: http://cdr.uum.edu.my/jspui/handle/123456789/105
Payment Link: http://epay.uum.edu.my/go.php?billcode=CDRCASE&productid=TC172-1
Appears in Collections:Cases in CDR

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in CDR Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.